Nabi Adam AS diciptakan daripada tanah, manakala keturunannya daripada setitis air mani. Kedua-dua asal ini adalah suatu yang bersifat rendah dan hina. Dalam surah as-Sajdah, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(Dia tuhan) yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakan-Nya kejadian manusia yang berasal daripada tanah. Kemudian Ia jadikan keturunan manusia itu daripada sejenis pati, yaitu daripada air (benih) yang sedikit dipandang orang.” (surah as-Sajdah 32:7-8)
Menurut sebuah hadith riwayat Ahmad, daripada Abu Musa RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah menciptakan Adam berasal daripada segenggam tanah daripada berbagai unsur. Oleh sebab itu, anak cucu Adam lahir sesuai dengan warna tanah. Ada antara mereka yang berwarna (berkulit) putih, merah, hitam dan sebagainya. Ada pula yang buruk dan ada yang bagus. Ada yang mudah (berakhlak baik), ada pula yang sedih dan sebagainya.”
Tanah Dari Bumi
Al-Suda meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud RA dan beberapa orang sahabat:
“Maka Allah mengutuskan malaikat Jibril untuk mengambil sebahagian tanahnya. Bumi berkata, “Aku berlindung kepada Allah daripada keinginanmu untuk mengurangiku atau mencela aku.” Jibrail AS kembali tanpa membawa hasil. Beliau berkata, “Wahai Tuhan! Bumi memohon perlindungan-Mu, maka aku pun melindunginya.”
“Allah pun mengutuskan malaikat Mikail. Apabila ia tiba, Bumi memohon perlindungan, maka beliau memberi perlindungan. Mikail kembali kepada Allah dan melaporkan sebagaimana yang dikatakan oleh malaikat Jibril.”
“Kemudian Allah mengutuskan malaikat Izrail. Apabila ia tiba, Bumi memohon perlindungan, naun Izrail menjawab, “Aku juga berlindung kepada Allah untuk kembali tanpa membawa hasil.”. Dengan tegas, malaikat Izrail meraup tanah, lalu mencampurinya. Beliau tidak mengambil tanah dari suatu tempat sahaja. Beliau mengambil tanah yang berwarna putih, merah dan hitam. Dari situlah, anak cucu Nabi Adam AS lahir dengan warna kulit yang berbeda-beda.”
“Malaikat Izrail segera naik, lalu membasahkan tanah itu sehingga menjadi lumpur (tanah yang lembut dan melekit). Kemudian Allah berfirman kepada para malaikat (iaitu dalam surah Sad ayat 71 dan 72) yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia (Adam) daripada tanah. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan roh daripada (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.””
Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS menggunakan tangan*-Nya sendiri supaya iblis tidak sombong. Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS sebagai makhluk daripada jenis lelaki. Makhluk ciptaan-Nya ini menjadi jasad daripada tanah dalam masa 40 tahun dan dihitung sejak hari Jumaat.
Ketika para malaikat melintasinya, mereka terkejut terutamanya iblis. Sewaktu iblis melaluinya. Dia cuba memukulnya. Jasad yang dipukul itu berbunyi seperti bunyi yang dihasilkan oleh tembikar. Kerana itu Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rahman ayat 14 yang bermaksud: “Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) daripada tanah liat kering seperti tembikar.”
Nabi Adam AS Bersin
Setelah waktu yang ditentukan telah tiba, maka Allah SWT bermaksud untuk meniupkan roh pada makhluk ciptaan-Nya. Allah SWT berfirman kepada para malaikat-Nya:
“Apabila Aku telah meniupkan roh-Ku ke dalam dirinya, maka bersujudlah kamu.”
Ketika Allah SWT meniupkan roh ke dalam diri Nabi Adam AS, maka roh itu masuk melalui kepalanya. Tiba-tiba Nabi Adam AS bersin. Para malaikat berkata kepadanya:
“Ucapkan alhamdulillah.”
Allah SWT berkata kepadanya: “Rahimaka Rabbuk (Semoga Tuhanmu melimpahkan rahmat kepadamu)”
Ketika roh masuk melalui kedua-dua matanya, dia memandang kepada buah-buahan syurga. Apabila roh masuk ke dalam rongga perutnya, tiba-tiba dia ingin makan. Belum sampai roh masuk mencapai kedua-dua kakinya, secara mendadak dia melompat ke arah buah-buahan di syurga. Hal itu serupa keadaannya ketika Allah SWT berfirman dalam surah al-Anbiya’ ayat 7 yang bermaksud:
“Manusia diciptakan (dengan tabiat) tergesa-gesa.”
Imam Ahmad RH mengatakan bahawa Abdul Samad berkata kepadanya tentang riwayat yang diterima oleh Hammad daripada Thabit daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud:
“Apabila Allah menciptakan Adam, Allah mengingatkannya menurut kehendak-Nya. Iblis datang berputar-putar mengelilinginya. Ketika iblis melihat adanya rongga di dalamnya, iblis mengetahui mengetahui bahawa ia adalah tubuh makhluk yang tidak mempunyai apa-apa.”
Manakala Ibn Sa’id RH meriwayatkan hadith mengenainya dalam kitab Tabaqat al-Kubra daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Apabila roh ditiup Allah ke dalam diri Adam, maka ketika roh memasuki kepalanya, dia bersin, dia mengucapkan ‘alhamdulillahi rabbil ‘alamin’ (segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam). Allah berfirman kepadanya, “Yarhamukallah (semoga Allah melimpahkan rahmat kepadamu).””
Belajar Ucapan Salam
Abu Ya’la RH meriwayatkan daripada Uqbah bin Mukras daripada Amru bin Muhammad daripada Ismail bin Rail al-Muqbari daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Allah menciptakan Adam daripada tanah, kemudian dijadikan lumpur, lalu dibiarkan sehingga terbentuk sebagai lumpur hitam yang berbau. Maka Allah menciptakannya dan memberikan bentuk kepadanya. Kemudian dibiarkan lagi (sehingga menjadi sesuatu yang berbunyi seperti tembikar). Ketika iblis melaluinya, ia berkata, “Benar-benar diciptakan sesuatu perkara yang besar.””
Setelah tamat proses ke tahap itu, kemudian Allah SWT meniupkan roh pada bahagian penglihatan dan batang hidungnya, tiba-tiba ia bersin. Allah SWT memberikan rahmat kepadanya dengan firman-Nya:
“Yarhamukallah (semoga Allah melimpahkan rahmat kepadamu)”
Allah SWT berfirman lagi: “Wahai Adam! Pergilah kepada sekelompok makhluk itu, berkatalah kepada mereka, lalu perhatikan apa reaksi mereka.”
Nabi Adam AS mendatangi mereka seraya mengucapkan salam. Mereka (para malaikat) mengucapkan: “Wa’alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh.”
Allah SWT berfirman: “Wahai Adam! Itulah ucapan selamat untukmu dan anak cucumu.”
Memberikan 40 Tahun Usianya Kepada Daud
Nabi Adam AS bertanya: “Siapakah anak cucuku?”
Allah SWT berfirman: “Pilihlah antara kedua-dua tangan*-Ku, wahai Adam!” (iaitu dengan cara khusus).
Nabi Adam AS menjawab: “Aku memilih tangan-Mu sebelah tangan*, wahai Tuhan!”
Lalu Allah SWT membuka tangan*-Nya, tiba-tiba di telapak tangan Allah SWT terdapat cucu Nabi Adam AS. Antara mereka terdapat kaum lelaki, mereka memiliki lisan yang bersinar. Nabi Adam AS kagum pada diri seorang daripadanya. Nabi Adam AS bertanya:-
“Wahai Tuhan, siapakah dia?”
Lalu Allah SWT menjawab: “Dia anakmu Daud!”
Nabi Adam AS bertanya kembali: “Wahai Tuhan! Berapa lama Engkau memberikan umur kepadanya?”
Allah SWT menjawab: “Aku memberikannya umur selama 60 tahun.”
Nabi Adam AS berkata: “Wahai Tuhan! Sempurnakanlah usianya dengan mengambil usiaku, sehingga usianya mencapai 100 tahun.”
Ternyata Allah SWT memenuhi permintaan Nabi Adam AS dan Dia mempersaksikan hal itu. Ketika Nabi Adam AS sampai ke penghujung usia, Allah SWT mengutuskan malaikat Izrail. Malaikat Maut ini datang menemui Nabi Adam AS seraya menyampaikan tujuannya.
Nabi Adam AS berkata: “Bukankah umurku masih berbaki 40 tahun?”
Malaikat Izrail menjawab: “Bukankah umurmu itu telah kamu berikan kepada anakmu Daud?”
Nabi Adam AS mengingkari hal itu. Akibatnya anak cucu Nabi Adam AS juga suka mengingkari, Nabi Adam AS lupa dan anak cucunya mudah lupa. Demikianlah yang diceritakan oleh Ibn Kathir dalam kitabnya Dasas al-Anbiya’.
Wallahua'lam.
Catatan :
*)Tangan Allah SWT bukanlah sesuatu yang boleh digambar dan difikirkan oleh kita kerana sifat Allah SWT tidak sebagaimana sifat makhluk. Maha Suci Allah daripada disamakan dengan mahkluk ciptaan-Nya.

0 Komentar