Setelah Nabi Adam AS diciptakan, Allah SWT telah memerintahkan para malaikat agar sujud kepada Nabi Adam AS sebagai suatu bentuk kemuliaan. Maka para malaikat pun sujud mentaati perintah Allah SWT, kecuali Iblis sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam", maka mereka sujud kecuali iblis, ia enggan dan takbur malah ia termasuk dalam golongan orang yang kafir." (surah al-Baqarah, 2:34)
Perintah ini sesungguhnya merupakan suatu kemuliaan yang amat tinggi daripada Allah SWT kepada Nabi Adam AS, suatu makhluk yang diciptakan secara langsung dengan tangan-Nya. Oleh sebab itulah, Allah SWT memerintahkan para malaikat supaya sujud kepadanya.
Perkara tersebut dirakamkan Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh daripada (ciptaan) Aku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya." (surah al-Hijr, 29)
Semua malaikat sujud kepada Nabi Adam AS melainkan Iblis. Dia enggan sujud bersama para malaikat. Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud:-
"(Setelah selesai kejadian Adam), maka sujudlah malaikat semuanya melainkan iblis, ia enggan turut bersama mereka yang sujud. Allah berfirman, "Hai iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?" Iblis menjawab, "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikannya daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya." Allah berfirman, "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya (syurga), keranan sesungguhnya engkau terkutuk. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat (kutukan) terus-menerus hingga ke hari kiamat."" (surah al-Hijr, 30-35)

Iblis Sombong
Demikianlah keputusan daripada Allah SWT lantaran Iblis berani menyampaikan kekurangan diri Nabi Adam AS dan menghinanya, sedangkan Allah SWT telah memberikan kedudukan yang tinggi kepadanya. Jelas sekali sikap Iblis ini bertentangan dengan perintah Allah SWT. Dalih yang dikemukan Iblis sama sekali tidak membawa keuntungan, bahkan dalih yang dibuat itu menghasilkan dosa yang lebih besar.
Allah SWT mendedahkan sikap sombong Iblis dengan firman-Nya yang bermaksud:-
"Dan (ingatlah peristiwa) tatkala kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam" maka mereka semua sujud melainkan iblis, ia berkata, "Patutkah aku sujud kepada (makhluk)yang Engkau jadikan daripada tanah? Iblis berkata lagi, "Khabarkan kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasi aku?"" (surah al-Isra', 61-62)
Ertinya, Iblis sengaja lari daripada perintah mentaati Allah SWT, menentang-Nya dan bersikap terhadap perintah-Nya. Iblis ialah makhluk yang berasal daripada api. Ia bukanlah termasuk dalam golongan malaikat. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:-
"Malaikat diciptakan daripada nur (cahaya), jin diciptakan daripada api dan manusia diciptakan sebagaimana yang dijelaskan kepadamu." (HR Muslim dan Ahmad)
Unsur Awal Penciptaan Nabi Adam AS
Allah SWT telah mengkhabarkan kepada kita tentang unsur penciptaan Nabi Adam AS dalam beberapa ayat antaranya:
"(Ingatlah peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman, "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia Adam daripada tanah." (surah Sad, 71)
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Adam daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada tanah liat yang berubah-ubah warna dan baunya." (surah al-Hijr, 26)
"Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) daripada tanah liat kering seperti tembikar." (surah ar-Rahman, 14)
Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat agar menghormati Nabi Adam AS dengan cara sujud kepadanya. Sujud dalam ertikata memuliakan, bukan sujud dalam erti kata peribadatan yakni menyembah. Ini kerana Allah tidak menyuruh sesiapa sahaja untuk beribadat dan menyembah selain-Nya.
Kedudukan Nabi Adam AS sebagai Nabi dan Rasul
Setelah menciptakan Nabi Adam AS, Allah SWT mengajarkan nama-nama segala sesuatu, hakikat dan ciri-cirinya agar diambil manfaat.
Kemudian Allah SWT menunjukkan kepada malaikat bahawa makhluk yang diremehkan ini mempunyai banyak ilmu dan pengetahuan daripada mereka. Allah SWT meminta agar para malaikat menyebutkan nama segala sesuatu yang ditunjukkan di hadapan mereka serta ciri-cirinya sekiranya mereka masih menganggap remeh terhadap Nabi Adam AS sebagai khalifah di bumi berbanding mereka. Akan tetapi para malaikat tidak mampu memenuhi permintaan tersebut.
Mereka menjawab permintaan tersebut sebagaimana yang dikhabarkan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Dia telah mengajar Nabi Adam segala nama benda (dan kegunaannya), kemudia ditunjukkan kepada malaikat lalau Allah berfirman, "Terangkan kepada-Ku nama-nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar." Malaikat menjawab, "Maha Suci Engkau (ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain daripada apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (surah al-Baqarah, 31-33)
Ibn Ishaq meriwayatkan bahawa setelah Allah SWT mencela Iblis kerana enggan sujud kepada Nabi Adam AS, Allah SWT memerintahkan Nabi Adam AS untuk memberitahu para malaikat tentang nama-nama benda, sedangkan Nabi Adam AS telah diajar terlebih dahulu oleh Allah SWT. Apabila para malaikat diminta untuk menyatakannya sebagaimana Nabi Adam AS, mereka tidak mampu. Jelaslah, Nabi Adam AS telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu yang tidak dimiliki oleh para malaikat.
Menurut Mujahid tentang ayat, "Allah berfirman, "Hai Adam, beritahu kepada mereka (para malaikat) nama-nama benda ini...", "Yaitu nama-nama merpati, burung gagak dan nama segala sesuatu. Manakala Zaid bin Aslam mengatakan iaitu Nabi Adam AS berkata, "Engkau Jibril, engkau Mikail, engkau Israfil....serta seluruh nama-nama sehingga burung gagak."
Setelah kelebihan Nabi Adam AS terserlah berbanding para malaikat iaitu kemampuannya menyebut seluruh nama yang diajar Allah SWT kepadanya, maka Allah SWT berfirman kepada para malaikat yang bermaksud: "Bukankah sudah Aku katakan kepada kamu, bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi serta mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan." (surah al-Baqarah, 33)
Penciptaan Hawa
Mengenai penciptaan Hawa, beliau diciptakan sebelum Nabi Adam AS masuk ke dalam syurga berdasarkan konteks firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Kami (Allah) berfirman, "Wahai Adam! Tinggalkan engkau dan isteri engkau di dalam syurga dan makanlah sepuas-puasnya apa yang kamu berdua sukai."
Selanjutnya Ibn Ishaq mengatakan: "Kemudian Nabi Adam AS mengantuk dan tertidur. Lalu diambil sepotong tulang rusuk dari sisi tubuhnya sebelah kiri dan dibalut dengan sepotong daging ketika Adam masih tertidur. Kemudian Allah SWT menciptakan isterinya Hawa daripada tulang rusuk itu. Seterusnya Dia menyempurnakan ciptaan menjadi seorang wanita agar Adam berasa tenang bersamanya."
Ada yang mengatakan, apabila Nabi Adam AS terjaga ia menoleh ke sampingnya lalu ia berkata, "Dagingku, darahku dan isteriku." Maka Nabi Adam AS pun terasa tenang bersamanya.
Setelah Allah SWT menjadikan untuk Nabi Adam AS seorang isteri, Allah SWT berbicara langsung dengan Nabi Adam AS dan isterinya, "Wahai Adam, tinggallah engkau dan isteri engkau di dalam syurga..."
Wallahua'lam.
0 Komentar