2. SHOLAWAT MUNJIYAT

ﺍَﻟﻠّٰﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠٰﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ٬ ﺻَﻼَﺓً ﺗُﻨْﺠِﻴْﻨَﺎ ﺑِﻬَﺎ ﻣِﻦْ ﺟَﻤِﻴْﻊِ ﺍﻟْﺄَﻫْﻮَﺍﻝِ ﻭَﺍﻟْﺂﻓَﺎﺕِ، ﻭَﺗَﻘْﺾِ ﻟَﻨَﺎ ﺑِﻬَﺎ ﺟَﻤِﻴْﻊَ ﺍﻟْﺤَﺎﺟَﺎﺕِ، ﻭَﺗُﻄَﻬِّﺮُﻧَﺎ ﺑِﻬَﺎ ﻣِﻦْ ﺟَﻤِﻴْﻊِ ﺍﻟﺴَّﻴِّﺌَﺎﺕِ، ﻭَﺗَﺮْﻓﻌُﻨَﺎ ﺑِﻬُﺎ ﻋِﻨْﺪَﻙ ﺍَﻋْﻠَﻰ ﺍﻟﺪَّﺭَﺟَﺎﺕِ، ﻭَﺗُﺒَﻠِّﻐﻨَﺎ ﺑِﻬَﺎ ﺍَﻗْﺺَ ﺍﻟْﻐَﺎﻳَﺎﺕِ، ﻣِﻦْ ﺟَﻤِﻴْﻊِ ﺍﻟْﺨَﻴٔﺮَﺍﺕِ ﻓُﻲ ﺍﻟْﺤَﻴَﺎﺕِ ﻭَﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟْﻤَﻤَﺎﺕِ.

“Allohumma sholli ‘alaa syaiyidinaa Muhammadin wa’alaa aali syaiyidinaa Muhammadin sholaatan tunjinaa bihaa min jamii’il ahwaali, wal aafaati, wataqdi lanaa bihaa jamii’al haajaat, watutohhirunaa bihaa min jamii’is syaiyiaat, watarfa’unaa bihaa 'indaka a’lad-darojaat watuballighunaa bihaa aqshol ghooyaat, min jamii’il khoirooti fil hayaati waba’dal mamaat”

Artinya: "Ya Allah, limpahkanlah shalawat atas junjunan kami, Muhammad, dengan suatu shalawat yang menyebabkan kami selamat dari semua ketakutan dan malapetaka, yang menyebabkan Engkau menunaikan semua hajat kami, yang menyebabkan Engkau me-nyucikan kami dari semua kejahatan, yang menyebabkan Engkau mengangkat kami ke derajat yang tinggi di sisi-Mu, dan yang menyebabkan Engkau menyampaian semua cita-cita kami berupa kebaikan-kebakan dunia dan akhirat."

 
PENJELASAN DAN KEUTAMAANNYA:

Barang siapa membaca sholawat ini 11 x setiap habis sholat fardu insya Allah terkabulseluruh seluruh hajatnya baik di hajat dunia maupun hajat Akhirat. Kiranya hanya inilah bacaan-bacaan sholawat dan faedahnya yang dapat kami sampaikan, walaupun masih banyak bacaan-bacaan sholawat yang di tulis para ulama dan ahli hadits seperti yang di tulis oleh Sayyid Muhammad Bin Alwi bin Abbas Al-Maliki Al-Husaini dalam Kitabnya yang berjudul” Adzkaru Nubuwwati wa Awrodu wasalafiyyah.

Namun walaupun sedikit semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan kekuatan agar dapat mengamalkannya.

Shalawat di atas disebutkan di dalam kitab Dalâ'il. Dalam syarah kitab tersebut disebutkan riwayat dari Hasan bin 'Ali Al-Aswânî. Ia berkata: "Barangsiapa yang membaca shalawat ini dalam setiap perkara penting atau bencana sebanyak 1000 kali, niscaya Allah akan melepaskan bencana itu darinya, dan menyampaikan apa yang diinginkannya."

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani. Telah dikutip daripada Al-Hasan bin ‘Ali Al-Aswani di dalam komentar Ad-Dalail (penjelasan atau komentar dalam kandungan kitab kumpulan solawat yang berjudul Dalailul Khairat), bahwa beliau telah berkata: "Siapa yang membaca sholawat ini sebanyak 1000 kali ketika tertimpa kesulitan dan musibah, Allah akan melapangkan [perkara itu] daripadanya dan akan menyampaikan hajadnya."

[Dan telah diriwayatkan] daripada Ibn Al-Fakihani, daripada Asy-Syaikh As-Solih Musa Ad-Darir, [dan] beliau telah berkata: Aku pernah belayar di sebuah laut. Tiba-tiba angin (angin taufan) telah melanda ke atas kami. Sedikit sahaja manusia yang akan dapat selamat daripada tenggelam dan banyak orang telah menjerit-jerit [di dalam ketakutan]. Tiba-tiba aku telah merasa mengantuk dan aku telah tertidur. Aku telah melihat An-Nabi j [di dalam mimpi] dan Baginda j telah berkata, "Katakanlah kepada para penumpang [kapal ini] agar mereka mengucapkan sebanyak seribu kali, "Wahai Allah, limpahkanlah solawat ke atas penghulu kami Muhammad, dan juga ke atas keluarga penghulu kami Muhammad, solawat yang dengannya kami diselamatkan ... sehingga ... setelah [kami] mati. " Aku telah terjaga [dari tidur] dan aku telah memberitahu para penumpang tentang mimpiku itu, dan kami pun bersolawat dengannya (dengan ungkapan solawat yang telah diterima di dalam mimpi itu) lebih kurang tiga ratus kali. Allah telah melapangkan kami [daripada keadaan yang mencemaskan itu].

Dan telah berkata As-Saiyid Muhammad Afandi `Abidin di dalam catatan beliau (penjelasannya) bahawa Al-`Allamah Al-Musnid Ahmad Al-‘Attor telah menyebutnya sebagai Solawat Al-Munjiyyah, dan beliau telah berkata pada [bahagian] akhirnya: Telah menambah Al-`Arif Al-Akbar [dengan kata-kata]: Wahai Yang Paling Penyayang daripada segala yang bersifat penyayang, wahai Allah.

Beliau telah berkata: Telah berkata sesetengah masyaikh: Siapa yang mengucapkannya sebanyak seribu kali ketika ada kesulitan atau ketika turunnya musibah, Allah akan melapangkan [perkara itu] daripadanya dan akan menyampaikan hajadnya. Dan siapa yang membanyakkannya pada waktu datang penyakit ta'un [sedang menular], akan diamankan daripadanya. Dan sesiapa yang membanyakkannya ketika belayar dilaut, akan diamankan daripada tenggelam. Dan sesiapa yang membacanya sebanyak lima ratus kali, akan disampaikan apa yang dia inginkan di dalam hal menarik rezeki dan kekayaan, insya  Allah Ta’ala, dan ia adalah sesuatu yang benar-benar mujarab pada semua perkara itu. Dan Allah Ta’ala jualah yang lebih mengetahui.

Dan telah menyebut Asy-Syaikh As-Sowi perkara yang lebih kurang sama di dalam komentar mengenai Wird Ad-Dardir (wirid-wirid yang telah digubah oleh Asy-syaikh Ahmad seorang guru bagi At-Toriqah Al-Khalwatiyyah, yang amat terkenal di negara Mesir pada zamannya) yang telah mengutip daripada As-Samhudi dan Al-Malawi .

Dan telah berkata Asy-Syaikh Al-‘Arif Muhammad Haqqi Afandi An-Nazili di dalam kitabnya Khazinah Al-Asror : Ketahuilah bahwa solawat-solawat itu dibagikan kepada empat ribu jenis, dan pada satu riwayat yang lain, dua belas ribu.

Setiap sesuatu darinya telah dipilih oleh satu jamaah dari ahli Timur dan Barat, bersesuaian dengan apa yang telah mereka temui di dalam menjalin ikatan rohani di antara mereka dengan Baginda dan dari apa yang mereka fahami padanya [dari hal] keistimewaan-keistimewaan dan manfaat-manfaat, dan apa yang telah mereka temui padanya [dari hal] rahasia-rahasia, yang sesetengahnya telah menjadi masyhur melalui ujikaji dan melalui penyaksian di dalam mendapatkan kelepasan daripada segala kesempitan dan pencapaian hasrat, seperti Solawat Al-Munjiyyah, dan ia adalah . . .  Dan beliau telah menyebut bentuk ungkapan itu.

Kemudian, beliau telah berkata: Dan yang terlebih utama ialah dia mengucapkan, "Wahai Allah, limpahkanlah solawat ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad. Solawat yang dengannya kami diselamatkan . . ." sehingga ke akhirnya, kerana apa yang telah dikatakan oleh Baginda, "Apabila engkau sekalian bersolawat ke atasku, jadikanlah ia umum (tidak dikhaskan untuk diri Baginda seorang, tetapi juga mencakupi ahli keluarga Baginda).

Dan kesannya, dengan diikut sertakan keluarga Baginda itu, adalah lebih lengkap, dan lebih umum, dan lebih banyak [pahala dan manfaatnya] dan lebih cepat [untuk dimakbulkan]. Begitulah yang telah diwasiatkan kepadaku dan yang telah diijazahkan kepadaku oleh sesetengah masyaikh.

Dan Asy-Syaikh al-Akhbar juga telah menyebutnya dengan disertakan sebutan ahli keluarga Baginda itu, dan beliau telah berkata bahwa ia adalah satu perbendaharaan daripada segala perbendaharaan Al-'Arsy (singgahsana Allah). Sesungguhnya, sesiapa yang berdoa dengannya sebanyak seribu kali pada tengah malam untuk apa-apa hajat, sama ada hajat dunia atau hajat akhirat, Allah Ta`ala akan menunaikan hajatnya. Sesungguhnya ia (pengabulan bagi solawat ini) adalah lebih cepat daripada kilauan kilat, dan ia adalah eliksir yang agung dan penawar yang besar (sangat mujarab). Dan tiada dapat tiada, hendaklah ia disembunyikan dan ditutupkan daripada yang bukan ahlinya.

Demikianlah sebagaimana [ia telah disebutkan] didalam Sirr Al-Asror, dan demikianlah juga sebagaimana yang telah disebutkan oleh Asy-Syaikh Al-Buni dan Al-Imam Al-Jazuli mengenai keistimewaan-keistimewaan Solawat Al-Munjiyyah dan juga penerangan rahasia-rahasianya.

Dan hendaklah engkau meninggalkannya (tidak menceritakan keistimewaan-keistimewaan dan rahasia-rahasia ini kepada orang-orang yang fasik) agar tiadalah ia terjatuh ke tangan orang-orang yang jahil. Dan semoga isyarat ini sudah mencukupi untukmu. apabila seseorang membiasakan diri membaca shalawat ini sebanyak 1000 kali pada waktu tengah malam, Insya Allah segala macam hajatnya akan terpenuhi, baik hajat di dunia maupun hajat diakherat kelak.

===========================
(Sumber kitab Afdholus Sholawatu 'ala sayyida saddah karangan Asy-Syeikh Yusuf ibn Isma’il An-Nabhani).

0 komentar:

Posting Komentar